Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuhkan sebagaimana yang pernah beliau sendiri cadangkan pada 1997, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.<br />Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah mengemukakan cadangan itu selepas melihat kadar keberkesanan Hong Kong yang berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang disegani dunia.<br />Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Anwar dipetik sebagai berkata, lantaran cadangan itu, beliau terus ditekan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
